Tweet to @superheroku_

Rokok dan Penghormatan

Kebanyakan lelaki menganggap dengan menghisap rokok mereka boleh dipandang hebat. Dengan menghisap rokok, mereka disegani, dihormati. Dengan menjadi perokok, mereka boleh dianggap macho. Setuju?



YA. Mungkin ya. Tapi mungkin juga tidak. Ramai menjadikan rokok sebagai satu FESYEN, aksesori fesyen.

Pernah tengok seluar warna-warni? Itu fesyen yang dibawa oleh selebriti2 Korea ke sini, menjadikan rakyat2 kita terpengaruh sampai semua nak stailkan diri dengan seluar warna-warni. Lebih kurang macam tu lah.

Okay. Mari berbalik kepada rokok. Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa mereka mampu mengubah persepsi orang lain terhadap mereka dengan MEROKOK kerana secara tidak sedar, kita meletakkan status rokok sebagai barang hiasan meraih title JANTAN. Macam... aksesori tambahan nak jadi jantan.

Kalau kita nak pakai apapun, nak buat apapun, pastikan benda tu bermaanfaat dahulu sebelum heret orang lain terlibat sama. Pernah dulu aku sentuh pasal active and passive smokers. Nahhh.. Sekarang terpaksa sentuh lagi. Kalau rakan-rakan sekalian nak merokok, PASTIKAN (WAJIB BUAT) duduk jauh-jauh dari orang-orang yang tidak merokok. Kalau nak hisap rokok pon, hisap sorang2. Kalau nak sedut asap rokok, sedut sorang2.

Orang yang tak hisap rokok ni sebenarnya sedar bahawa rokok tu bawa keburukan dan sebab itulah kami tak merokok. Tolong fahami kami. Bebaskan diri kami daripada keterpaksaan menghidu asap rokok. Kami pilih untuk tidak merokok kerana tak nak menjejaskan kesihatan kami. Jangan kamu pula "tolong" jejaskan kesihatan kami!

Minta maaf kalau ada yang terasa sampai tahap sakit hati, tetapi orang yang tak hisap rokok dan terpaksa sedut asap rokok lebih sakit hati daripada anda. Mohon hidupkan sifat kemanusiaan dalam diri. Hormati orang lain.

TOLONGLAH GENG! :-)

No comments:

Post a Comment