Kalau ikut tajuk, description nya simple. Its Maghrib and Im sad. Tears falling.
Allahu...............
Betapa jauhnya aku dariMu. Engkau sentiasa dekat denganku, tetapi aku sentiasa menjauhkan diri dariMu. Sengaja. Tak mahu aku persalahkan ablasa. Mereka hanya menghasut, tetapi aku yang bertindak.
Due to lots of problems I face these few days, terlalu berat rasanya nak menanggung beban. Im TOO weak for all the loads.
Baru je dengar azan Maghrib tadi, ada orang ajak ke Balai Islam (surau), tapi aku tolak. #BukanSyaitanTapiAku
Bila orang iqamat, aku baru nak connect laptop dengan wifi IPG. #BukanSyaitanTapiAku
Orang dah angkat takbir, aku baru mula skrol timeline Twitter, Facebook. #BukanSyaitanTapiAku
Tapi bila imam mula baca surah Al-Fatihah, tiba-tiba aku terasa kosong. Sangat kosong. Bukan sebab aku tak berteman, bukan sebab tak punya duit, bukan sebab aku tak punya kesihatan yang baik, tetapi aku tak punya iman yang tinggi macam mereka.
Hidup hanya bertemakan kegembiraan duniawi semata-mata menjadikan aku terus lalai dan tak mustahil suatu hari nanti aku boleh terus HANYUT dan tenggelam.
Tears keep falling.
Dan aku sedar. Hikmah disebalik setiap kebencian orang-orang sekeliling terhadap aku, segala masalah yang terjadi, sebenarnya, sangat besar. Bukan Allah mahu aku berpaling dari masalah, tetapi Allah mahu aku berpaling kepadaNya. Hadapi setiap masalah dengan tenang dengan bantuan Dia di sisi.
Buat masa sekarang, aku tahu aku belum cukup yakin but I got the strength inside of me. I know that I can handle this. Tapi bukan sendiri.
Aku perlu bantuanMu...
Aku perlu Engkau ya Robb...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

bertabahlah chy! :')
ReplyDelete