Tweet to @superheroku_

#REUNIONSKSK 2013

Petang. Masa tu asyik sangat tuit2, facebook-ing. Tiba2 dengar bunyi motor. Sape entah datang tiba-tiba ni. Jenguk la kejap. Lahh.. Aqish dan Syakirin rupanya. Ingat sapa dah tadi haa.. Ha nak ape? Haha.. Saje je dorang datang. Adalah beberapa agenda tersembunyi tu. kakaka... Borak-borak-borak, banyak la yang diboraknya, lepas tu TERkeluarlah isu REUNION. Malam tu ada reunion sekolah rendah dulu. Aih.. Sapa la bukak topik ni. hmm..

Dilema sungguh dilema. Biarpun aku yang bukak topik tu sebenarnya, hehe, tapi aku memang tak dapat nak putuskan sama ada nak pergi atau tak. For your information, dalam group tahun 6 SKSK batch 2004 tu sbnrnya xramai yang aktif. Kalau yang aktif pun budak2 6Amanah je. Aku dulu 6Bersih, kelas no 2. HAHA. Jadi tak masuk geng. hehe

Hafizullah ajak semua yang free utk dtg rumah, ada BBQ katanya.. menarik! tapi kan aku dulu kelas lain, jadi agak AWKWARD lah nak mencelah. so aku biar je post kat fb tu. Tapi bila Aqish dan Syakirin dtg, aku bangkitkan balik isu tu, sebab apaaaa... sebab aku rasa macam nak pergi jumpa mereka mereka dan mereka yang dah lama tak ku temui! Ya lah.. Ramai jugak yang aku belum jumpa sejak sekolah tamat. Lepas aku tahu Harith nak pergi jugak, aku decide MUNGKIN aku pun nak pergi. So can it be called as DECISION? hahah NO! Memang I dalam dilema... aduh.

Bukan apa, takut nanti kaku, tak tahu cakap apa. You pun tahu kan I ni bukan lah pemalu sangat, cuma otak ni asyik pikir negatif aje!
"macam mana kalau dorang taknak aku datang?"
"dorang ni suka aku ke tak?"
"aku ni kan kalau datang, ada jugak yang xsenang duduk. eish.."
Benda2 macam tu je lah yang berlegar2 dalam otak. ni bukan kes malu tapi mahu, tapi kes NAK tapi TAKUT. hadui...

Sebelum Aqish dan Syakirin balik, aku decide, aku nak pergi jugak. Aku ajak dorang sekali, yakinkan dorang untuk pergi. Yeah! Ive just made my own decision! Aku cuba jadi kental.

Dipendekkan cerita, malam tu aku pergi ke sana dengan Fara dan Ain Izyani. Kenapa aku pergi dengan dorang? Dah dua me tu suruh aku pergi amik. heh. Nasib baik aku dapat amik, kalau x, xpergilah korangggg.. HAHAHA.. ok bajet penting kejap. fuhh.. fuhh..

Sampai je sana, nampak para Muslimin dah sampai, ramai dah berkumpul. Adalah dalam 10 orang macam tu. Eh. RAMAI lah tu! I nervous okayy.. hmm.. Fara dan Ain dah turun dah. Aku je yang masih kalut dalam kereta, gelabah tak tentu pasal. One more thing that disturbed me was their level of education. Dorang semua study jauh2, tak sama taraf dengan. Bukan nak cakap I lagi hebat, tapi I di tangga terbawah kot! Bukan tak bersyukur tapi kalau you berada kat tempat I as a positive-minded person, you akan rasa rendah diri sangat. Aku memang xnak rasa kecil and that was the reason I did not want to participate tapi Alhamdulillah aku dapat paksa diri aku untuk ke sana.

Keluar je dari kereta, aku cuba buat2 tenang, buat2 cool. Aku kunci kereta, aku jalan bajet handsome ke apa lah, aku buat2 rilek je. Senyum, lambai2 ibarat artis tersohor nusantara. Masuk je halaman rumah Hafizullah, aku tegur orang-orang yang ada. Luckily aku datang dengan dua orang princesses, dapat la jugak cover aku ni. Takdelah semua mata tertumpu kat aku kan... HAHA..

So, salam salam dan salam, tiba-tiba nampak Harith. Uit! Tinggi dan kurus. macam tak cukup zat je. heh (okay aku kata orang tak cukup zat, dah aku ni apa? tulang saja!) Serius Harith kurus, tapi mungkin sbb dia tinggi. Okay enough with that. So sempat la salam dengan yang dah ada kat sana, tanya khabar. I met Fathul Hakim there and he looked d same, tak berubah. Maintain cute macam dulu. kihkihkih... Ustaz ni, amik Syariah kat Madinah. eh. oversea? okayy... OVERSEA. sobs.

Tak lama kemudian sampailah 4 lagi jejaka yang dah lama jugak tak bertemu mata. Tarmizi, Mustasyier, Amjad dan Zulfadli. Eh. Zulfadli dah selalu jumpa dah. HAHA. minggu lepas baru jumpa. sebelum tu, dah 7 tahun jugak la kot tak jumpa. HAHA.. Tarmizi ni baru 2 tahun lebih tak jumpa. Hebat dalam lukisan orangnya. Lama dah tak jumpa, mungkin lagi hebat. hoho.. Mustasyier ni pulak dah 7 tahun tak jumpa. Ingat dah berubah banyak, tapi masih macam dulu. Sempat la berbual kejap, dia masih macam dulu. Tapi mungkin makin baik. Dulu kerek dengan aku. HAHA. Tapi sekarang okay dah. hehe.. Amjad. oi jiran depan umah ni memang tak nak datang jumpa aku eh? Membesar sama2, dah besar sihat walafiat xjumpa batang hidung pun. Kami masing2 membawa haluan yang berlainan.. haa..

Dipendekkan cerita lagi, selepas menyantap ayam2 panggang, hotdog, kek, puding dan makanan lain, kami sempat lah bergambar sebagai sesi penutup. for this part, i used my skill in photography that I know (sikit2) for that group photo. Nice shots, thanks buddies! Adalah benda2 kelakar yang berlaku setiap saat nak amik gambar tu tapi tak payah cerita pun tak apa. Kemanisan ini saya nak simpan sorang2. HAHA.

Meet the masterminds! Eh jap. Boleh panggil penaja tak? Haa..

Orang sibuk bakar ayam, mereka sibuk dengan "kerjaya" masing2... pfftt
dari kiri: Zulfadli, Amjad, Tarmizi
berdiri di belakang, dari kiri: Syakirin, Adli, Afiq, Hilmi, Rusydan, Tarmizi, Zulfadli, Amjad, Azri, Mustasyier, Efan
Duduk di hadapan dari kiri: Aqish, Sahlin, Hafizullah, Hakim, Harith, Syubhana


So #REUNIONSKSK wasn't that bad, really.
**forgive me if the hashtag doesnt work, i use that because it works on Twitter :-P
**SKSK stands for "Sekolah Kebangsaan Seri Kota", my former school. :-)



PENGAJARAN: Jangan negatif sangat. Tak semua benda itu teruk sebagaimana yang anda fikirkan.

No comments:

Post a Comment