"Seri" itu bermakna sekolah tersebut adalah sekolah Inggeris, bukan asalnya sekolah orang Melayu. **Correct me if I'm wrong.
"Kota" pula diguna sebagai nama sekolah kerana kawasan tersebut asalnya adalah kawasan istana pada suatu masa dahulu. Istana siapa? Pernah sekali saya sebut dalam pos di page saya. Malas nak cerita lagi, sebab ceritanya panjang.
Enough with the name. Lets proceed with the story of today, Sunday, August 18th, 2013.
Hari ni bermulalah hari di mana aku harus menjejakkan kaki ke sekolah lamaku. Pernah aku belajar di situ pada tahun 1, 2, 4, 5 dan 6. Teringat waktu kecil dahulu, aku bukan gagah berani mcm yang lain. Aku si lembik yang hanya memerhati. Aku tidak berani bersuara melainkan dengan orang yang mampu mendengar bisikan aku. Dulu memang aku pemalu, tidak seperti sekarang. Ehhh.. kejap. dah ke lain pulak aku ni haa..
Okayy sambung cerita "kembali ke sekolah"...
Pukul 7 pagi tadi gerak pergi sekolah. Oh lupa nak bagitahu. Bukan pergi sebagai cikgu yang nak mengajar, tetapi siswa guru yang ingin belajar. Boleh kata yang aku ni nak pergi menuntut ilmu aras tinggi la. Dulu pergi sekolah nak belajar aras rendah, untuk lulus UPSR, sekarang nak menimba ilmu untuk mengajar. jadi, kira aras tinggi lah kan? :-P
Sampai je di sekolah, ada beberapa kereta je yang baru sampai. Kami cari tempat parking yang sesuai, yang senang nak gerak keluar bila waktu sekolah dah tamat. Oh lupa lagi. "kami" tu, aku dan Ayie. :-)
Lepas parkir, kitorang terus ke pejabat. Tak masuk lagi, segan. HAHA. Tunggu beberapa lagi datang. Aku bajet Aqish, Azri dan Amin je. Last2 lepas kira kepala satu-satu, semua sekali 17 orang siswa guru yang buat PBS kat situ. Kami bercampur dengan mereka yang datang dari IPG yang berlainan; IPBA, IPKB, IPKTB, IPKRM...
Lepas lapor diri, jumpa GB, aku ditegur oleh beberapa orang guru. Bukan nak berbangga, tapi terharu. Mereka masih ingat aku! Ada sesetengah cikgu tu, walaupun aku tak pernah dibimbing mereka dalam kelas, mereka tetap kenal aku. Ok. terharu sangat! Tapi kejap kejap.... eh. kejap. Dorang ingat aku ni sebab apa? Ke aku ada buat apa2 yang salah? haa.. jeng3x.. Entahlah. Tahun berganti tahun, banyak dah peristiwa di sekolah rendah yang aku dah lupakan.
Ok sambunggg....
Assembly. Hari ni kan hari Ahad, jadi, adalah perhimpunan pagi nyaaa... :-D excited lelebih sebab dah lama aku tunggu saat ni. Aku nak dengar lagu sekolah, nak rasa balik suasana sekolah rendah. Allahu Allah. rindunya!
| lepas nyanyi lagu-lagu wajib. masih berdiri tegak. KAGUM! :-D |
| budak2 sedang berusaha untuk duduk. kihkihkih.. *setelah diarahkan untuk duduk sebelum ucapan oleh guru bermula. |
| budak2 duduk sambil mendengar ucapan guru bertugas. eh kejap. dengar ke tidok tuh?? |
| yang berbaju merah dan berkot itu guru besar Seri Kota sekarang. |
| budak2 dah kenda denda sebab tak datang perhimpunan |
"Sk Seri Kota
Sekolah indah maju
mendidik membina tiang negara
dengan wawasan perdana
bersama kita majukan sekolah yang tercinta
usaha bersemangat untuk kejayaan
kita insan mulia
berdisiplin dan bersatu padu
guru, murid, ibu bapa bersatu demi kejayaan
kasih dan sayang menjadi ikatan
antara sesama kita
ajaran Tuhan kita tidak lupa
mencapai cita jaya...
kita insan mulia
berdisiplin dan bersatu padu
guru, murid, ibu bapa bersatu demi kejayaan
kasih dan sayang menjadi ikatan
antara sesama kita
ajaran Tuhan kita tidak lupa
mencapai cita jaya...
Sk Seri Kota
Sekolah indah maju
Pelajaran Suluh Hidup...
Pelajaran Suluh Hidup...!"
Itulah bait2 lirik lagu SK Seri Kota. Seriously I felt like crying when they sang this. :'-) Terasa tua pun ada. Pernah dulu ada cikgu muda masuk kelas aku, dia cerita tentang betapa tak sangkanya dia bahawa dia akhirnya dah seangkatan dengan guru2nya dahulu. Nahh.. sekarang, aku dah rasa apa yang dia rasa. Aku dah hampir menjadi rakan sekerja dengan guru2ku nanti, inshaAllah...
Perhimpunan berlangsung macam biasalah. Ada pengerusi majlis cilik, ada ucapan guru bertugas dan last sekali ada bacaan doa. Kiut! Mula2 budak2 yang tgh duduk kat dataran perhimpunan tu baca surah Al-Fatihah kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh wakil pelajar. Allahu Allah.. comel!
Lepas selesai perhimpunan, kami bergerak ke bilik gerakan. Bilik gerakan tu dahulunya bilik guru, tapi sekarang dah bertukar. Bilik guru sekarang dah ditempatkan di blok kelas tahun 4 dahulu. Aku tak boleh namakan Blok A, B, C ataupun D, sbb aku tak tahu nama blok. maaf :-( Tapi masa aku darjah 4, aku masih belajar di bangunan itu. Mungkin yang pernah sekelas dengan aku tahu bangunan yang mana satu. Bangunan yang selajur dengan "Kepak" :-)
Lepas tu pusing satu sekolah, tengok, banyak jugak kelas lain yang dah bertukar. Tapi suasananya masih sama. Terasa bagaikan aku balik ke masa silam. :'-) Banyak kenangan pahit manis di sini. Adakah aku sendiri yang merasainya? Atau mungkinkah mereka yang kembali ke sini akan turut merasai apa yang aku rasa?
Mohon kepada rakan-rakan agar dapat luangkan masa untuk kita sama-sama bertemu kembali di Sekolah Kebangsaan Seri Kota sekali lagi. Reunion. Apa katamu? Cikgu-cikgu ada bertanya tentang kamu. Mereka merinduimu... Sementara kita masih punya waktu. :-)
| abaikan raksasa di hadapan ini. perhatikan kanak-kanak dibelakang. berebut nak membeli makanan. macam kita2 dulu kan? :-) |
No comments:
Post a Comment