Tak tahu kenapa malam ni terasa sedikit nak bersentimental. Masalah, tekanan, itu yang bermain di kepala. Mungkin perkara-perkara tersebut menjadi penyebab kepala rasa serabut, ingin menyendiri dan bersembunyi daripada khalayak. Tambahan lagi, bila ada yang ingin meluah perasaan, rasa hati kat aku, aku terus melayan sebab aku tahu, menyimpan rasa sakit sendiri itu sangat perit. Aku juga mengambil peluang meluahkan isi hati kepada sang pengadu tadi. Terasa lega sedikit.
Terima kasih kerana meluahkan dan mendengarkan rasa hati ini. Bukan nak mengkritik mahupun memburukkan sesiapa, tapi apabila sesuatu perkara itu boleh dianggap melampau, jadi, biarlah ia keluar dari hati. Itu caranya untuk merawat jiwa yang sengsara. Jangan kumpul, tetapi kongsi. Kosongkan ruangan hati untuk perkara-perkara yang membawa bahagia, bukan derita.
Cerita insan lain, jangan dipandang remeh, dipulau dari diri. Cerita mereka, sebahagian daripada kita. Hari ini mereka berduka, kita bergembira, tetapi bagaimana kalau esok lusa tiba giliran kita pula? Kongsi bahagia dengan sesiapa sahaja, jangan memilih kerana nikmat itu memang untuk dikongsi. Allah Maha Pemurah. Nikmat bahagia itu, walau dikongsi, takkan habis. Itulah ajaibnya kuasa Allah.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment