"Short Drama Contest"
Ada pertandingan filem pendek oleh TV3 & TV9.
Nak masuk. Tapi tak yakin.
Filem pendek dah ada, yang lama punya. Tapi masih tak yakin.
Tapi NAK. AH. Macam mana ni?
Tarikh pertandingan sampai 31 Disember 2013.
Maksudnya, ada peluang lagi nak masuk...
Ada rakan suruh cuba, "paksa" untuk cuba.
Dah macam mana?
Aku tak sedia.
Sedia tak sedia, aku kena ingat, peluang hanya datang sekali.
Kamera ada, idea ada, tapi pelakon belum ada.
Terlalu bercita-cita tinggi. Mungkin ada orang yang label aku begini.
Dapat rasa.
Memang pun. Sebab tu aku risau. Cita-cita nak jadi pengarah drama, filem. Sangat tinggi. Memang tak mampu nak capailah jawabnya.
Dalam pertandingan tu, hadiah pertama berupa wang tunai RM10,000 dan berpeluang tayang drama arahan sendiri kat TV3/TV9.
Seronok kalau dapat.
KALAU.
Kalau ikutkan, nak hantar filem pendek #3Janji yang aku dan beberapa kawan buat untuk kerja kursus pendek hari tu, tapi tak rasa ia dapat capai taraf yang pertandingan tersebut mahukan.
Tengah fikir lagi. Nak ke tak nak.
Sekarang cuti, sampai hujung bulan Disember. Sempat lagi kalau nak buat yang baru.
Tapi berbaloi ke?
Takutnya aku sorang je yang SYOK SENDIRI. kan?
masuk je chi... benda dah ade kan... hehe #3Janji
ReplyDelete