Tweet to @superheroku_

Rogol > Kahwin. Rasional?



Yang berdosa, boleh bertaubat.
Yang melakukan kesilapan, boleh meminta maaf.
Tapi tidak semua kesilapan boleh tertutup dengan mudah.
Mungkin dengan satu cara menyelesaikan masalah, boleh tertimbul masalah baru.

Rogol orang, lepas tu dapat nikah tanpa hukuman.

GILA!
Jom sama-sama pekik. GILA !!

Okay dah. Tenang bang, tenang...

Pernah baca berita mangsa rogol dipaksa/terpaksa kahwin dengan perogol demi menutup malu?
Kalau belum, sila GOOGLE. Banyak kisah dari serata dunia.

Sadis. Perkara macam ni pun boleh berlaku ke???
Tapi... Itukah hakikat.
Perit, tapi terpaksa ditelan.

KISAH 1

Maghribi - Seorang remaja perempuan bernama Amina, 16tahun, dirogol oleh seorang lelaki yang berumur 10 tahun lebih tua daripadanya (Mungkin berumur 26 tahun). Hakim telah memutuskan agar kedua-duanya dikahwinkan. Tidak ada tindakan undang-undang dikenakan ke atas perogol tersebut. Namun, setelah berkahwin, remaja perempuan tersebut tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan keatasnya di rumah keluarga suaminya, Amina tekad membunuh diri dengan memakan racun tikus.

KISAH 2

Malaysia - Remaja perempuan yang berumur 12 tahun di rogol oleh tiga lelaki. Suspek pertama(kemungkinan dalang, berumur 19 tahun) telah dilapor ke balai polis atas tuduhan merogol, namun tuduhan tersebut ditarik balik setelah dirayu oleh ahli keluarga pesalah(perogol). Setelah hampir setahun mereka melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan tersebut bercerai. Setelah disiasat, rupa-rupanya remaja perempuan tersebut tidak bahagia di rumah mentuanya. Dilayan teruk, tak diberi makan, selalu ditampar. Malah bapa kandung perempuan terbabit terpaksa berulang alik ke rumah besannya untuk menghantar makanan bagi anak perempuannya itu setiap hari.


Sudahlah dirogol, lepas tu terpaksa pula berkahwin dengan sang perogol.

Cuba kau bayangkan.
Melalui satu perkara yang perit - dara diragut tanpa rela. Kemudian, bertambah perit apabila terpaksa berkahwin dengan raksasa yang telah memusnahkan hidup kau.

Bahagia? Wanita, sila jawab. Adakah anda terfikir, sekilas pun, anda akan bahagia selepas berkahwin dengan perogol tersebut?

Aku, sebagai lelaki, biar aku tidak berada di tempat perempuan tersebut, tapi aku BANTAH sekiranya mangsa tersebut berkahwin dengan lelaki yang kejam macam tu.

Nak tutup malu?
Takut orang tahu? Takut dicerca, dihina?
Manusia, macam-macam mereka boleh cakap.
Allah tahu, sayang. Allah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.

"Kita" beria kahwinkan "anak kita" dengan "perogolnya" untuk menutup malu. Mudahnya cara selesai masalah.
Sayang anak macam tak sayang anak.
Mungkin juga sebab tidak berfikir panjang. Kan?

** ROGOL. Apa puncanya? Manusia dan nafsu. Nafsu yang tak dikawal dengan bersungguh, itulah jadinya. Mencanak tak tentu hala.

---| Ibu bapa. Tolonglah EXTRA prihatin dengan anak-anak. Zaman sekarang, macam-macam boleh jadi. Benda yang kau tak sangka boleh terjadi, mungkin akan terjadi juga. Zaman sekrang, babi pun dah boleh terbang. Jangan terkejut kalau orang boleh melahirkan anak kuda. Believe the impossibilities to be possible. Jaga anak betul-betul. Tak kira lelaki ke, perempuan ke, jangan bezakan. Memang betul ada anak imam yang merogol, anak peminum arak menjadi hafiz. Memang betul iman tak dapat diwarisi tapi macam yang aku sarankan, bagi mereka (anak-anak) perhatian EXTRA. Kalau boleh, SUPER EXTRA. Jadi macam watak ayah dalam Papadom pun okay. Biar kita 'over-protective', sebab kita sayang anak. INGAT, zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku. Okay? Iman mereka kita, tanggungjawab kita. Didik sebetulnya, bukan manjakan saja.

---| Remaja lelaki. Korang, kalau dah sangap sangat, usaha betul2 pastu nikahlah terus. Jangan fikir sedap 'adik' saja. Ingat sedap syurga jugak. Korang kalau dah betul-betul mampu, terus nikah dan inshaAllah, sedap segala-galanya. Yang halal sentiasa indah. Percayalah. Ehh.. Biar aku belum nikah. Tapi aku tahu, Dia tak pernah menipu, tak pernah mungkir janji.

---| Remaja perempuan. Korang jangan duk gatal gedik geletah gelebek sangat!  Aku tahu zaman remaja memang membuak nafsu nak pakai seksi kan? Tak payah lah keluar rumah pakai sendat2. Seksi kau ingat, Seksa kau dapat. Sekali kau terrrrrrtarik perhatian sang jantan yang tengah gersang tak pasal-pasal, jangan menyesal kalau apa-apa yang tak diingini berlaku kat kau. Selagi boleh elak, elak. Nak pakai sendat, pakai dalam bilik sendiri saja. Gatal nak lelaki tengok kau pakai sendat? Hah. Cari suami sorang.

---| Kalau nak rujuk kepada "KISAH 1", perogol tersebut tak dihukum. Kenapa tidak dikenakan hudud? Kerana tidak mustahil, akan menimbulkan kemahuan lelaki-lelaki lain di luar untuk turut merogol. Kerana apa? Sedap. Lepas rogol, boleh kahwin. Tiada hukuman hudud. Allahurabbi... Kalau hukum Allah diketepikan, maknanya tak selamatlah kita di dunia. 



P.S.: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT. SEGALANYA PASTI TERJAGA, MENJAMIN KEBAHAGIAAN DI SINI(DI DUNIA) & DI SANA(DI AKHIRAT).

***Dalam kisah2 yang dinyatakan, aku tak menuding jari kepada sesiapa. Nasihat-nasihat yang dikemukakan di atas adalah hanya nasihat secara terbuka dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu dalam kisah-kisah di atas. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment