Makin moden, makin lain.
Cara hidup kita, makin canggih.
Kalau dulu, kita hidup dengan kasih sayang,
Sekarang hidup kita dimanjakan wang
Pernah rasa kasih ayan dan ibu,
Tapi masihkah merasa kasih itu?
Bukan nak menuduh, tapi inilah realiti sekarang. Anak-anak dimanja dengan kemewahan, secara literal. Mewah dengan duit, permainan, perhiasan, sosial. Semua bebas. Kau nak apa? Cakap, semua kau dapat.
Tak kata ibu bapa sekarang kurang kualitinya, tapi mereka lebih berkualiti dari sudut lain. Tak salah nak manjakan anak, tapi biar kena cara.
Pernah tengok anak si miskin dan cara mereka dibesarkan?
Susah.
Ya! Itu dulu. Sekarang, setelah dewasa, mereka menghargai erti susah.
Mereka tahu hargai jasa ibu bapa.
Kita?
Dibesarkan dgn kemewahan.
Dari kecil, sampai besar, yang kita tahu cuma WANG, WANG, WANG.
Tak putus-putus.
Nampak telefon keluaran baru, "ayah, belikan fon tu... nak..."
Nampak baju cantik "mak.. nak duit sikit. nak beli baju..."
Kurang duit sikit, "mak.. duit dah habis. masukkan sikit dalam akaun abang"
Dilayan macam BANK.
Itu yang membezakan kita.
Kasih akan sayang atau kasih akan wang?
Kita anak-anak jadi keliru. Bukan tak tahu, tapi terbiasa hidup begitu.
Dah lama aku perhati sekeliling. Aku tak nak anak aku jadi macam tu.
Kalau panjang umur, sempat nikah dan dapat anak, biarlah anak aku dibesarkan dengan kesusahan.
Biar dia tahu apa makna keluarga. Ketepikan harta kerana itu semua dunia.
Kasih anak, doanya, sampai ke syurga. inshaAllah.
Aku doakan yang terbaik untuk kamu dan ingat aku juga dalam doamu.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment