Bersungguh aku cuba, cuba untuk dikenali, cuba untuk dihormati, cuba untuk dihargai dan cuba untuk DILIHAT.
Aku tahu, utk dikenali, dihormati dan dihargai itu mudah tapi tidak untuk DILIHAT.
Cuba kita perkenalkan diri kita, secara luaran, memang mereka tahu siapa kita.
Cuba kita tetapkan pendirian, tampilkan personaliti terpimpin, pasti dihormati.
Cuba kita berbuat baik kepada mereka yang ada hati, pasti dihargai. Paling kurang, dapatlah "terima kasih". Itu pun dah cukup bagus. :-)
Tapi bukan mudah untuk memperLIHATkan diri sendiri dalam hati orang lain.
Aku bercakap sambil mendukung pengalaman.
Ramai orang yang aku jumpa, TAK RAMAI yang reti melihat. Biar betapa kita menjaga tingkah kita, cara kita bergaul dan cara kita mengambil berat akan mereka, jika mereka enggan melihat diri kita sebagai "kawan baik", mereka takkan.
Mereka akan memburu HANYA apa yang mereka mahu.
Aku? Tiada kawan baik. Dalam konteks ini, "kawan baik" yang aku maksudkan adalah dia yang tahu aku bagaimana, selalu bersedia untuk mendengar masalahku dan betul-betul menganggapku sebagai kawan baik. Sejak darjah 6, kawan rapat aku adalah diri aku sendiri. Mungkin ada yang baik, tapi tidak sebaik yang aku anggap sebagai "kawan baik" because i'm waiting for those who wont hurt your feelings even when you are kidding.
Aku harapkan akan jumpa orang yang akan anggap aku sebagai kawan baik di sini, tapi tiada. Takde "luck". Okay. Rasanya kena tunggul sang pemegang tulang rusuk diri ini muncul kot baru nak jumpa "kawan baik" tu. :-P
But still, "its the effort that matters". Buatlah baik dengan orang, jangan harapkan balasan. Don't even hope that they will regard you as their best friend. Don't ever. Coz it might hurt you someday. It might.
YOU DON'T KNOW WHAT ITS LIKE TO BE YOUR OWN BEST FRIEND.
ITS HAPPIER!!
TRY TO GET CLOSE TO YOURSELF.
:-)
xx
No comments:
Post a Comment