Karut marut! Bukan tak peraya kiamat, tapi bila dah tersebut tarikh kiamat, memang tak boleh la nak percaya. Kita sebagai orang Islam dah tahu bahawa tiada siapa yang tahu akan perkara-perkara ghaib seperti ramalan masa depan kecuali Allah. Allah Maha Mengetahui akan apa yang ada di mana sahaja. Dialah yang merancang, Dia juga lah yang menentukan. Puak Maya pada zaman dahulu kala telah meramalkan bahawa tarikh berlakunya kiamat adalah hari ini iaitu 21.12.2012. Namun bukan mereka yang menentukan. Jangan terlalu mudah percaya ramalan. Syirik!
Sebelum percaya, ketahui dulu tanda-tanda kiamat menurut Islam.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
- Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
- Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
- Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
- Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
- Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Baginda akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
- Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
- Gempa bumi di Timur. Boleh jadi ini merujuk kepada gempa di China, Tsunami di Aceh. Gempa bumi di Barat. Boleh jadi juga ia akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin.
- Gempa bumi di Semenanjung Arab.
- Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Mungkinkah "api" yang dimaksudkan ini adalah bom daripada peperangan? Wallahualam)
Biarlah bila kiamat akan berlaku, kita sebagai hambaNya, jangan pernah berhenti beribadah. Semoga kita mati dalam iman, bukan kekufuran. InshaAllah. :)
Sumber : http://www14.brinkster.com/akiranagasaki/frame/hadis40/hadis42.htm
Sumber : http://www14.brinkster.com/akiranagasaki/frame/hadis40/hadis42.htm
No comments:
Post a Comment