Tweet to @superheroku_

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 2 : SUKSES!



Alhamdulillah, hari ni dah boleh semak keputusan peperiksaan yang berlangsung lebih kurang dua bulan lepas. Seperti yang ditaip sebagai tajuk, kami SUKSES! Ya! Terima kasih buat semua teman yang sanggup belajar bersama saya terutama geng "study group". Tak nak bayang kalau diorang takde. Praise be to Allah, my result is not that bad although the pointer "climbed down" the stairs... Sedih tapi gembira. Ujian mungkin sedikit sukar bagi kita, tapi kalau tak diuji, kita takkan tahu kelemahan kita. Sama juga bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan akhir semester ni, walaupun gagal mencapai target, itu bersebab. Kita kena ingat, bukan pensyarah, bukan kawan-kawan dan jauh lagi salah tuhan. Never blame others! Kita punya usaha, kita punya doa, kalau kita tak guna betul-betul, kita takkan dapat kejayaan yang kita nak.

Bagi yang berjaya, tak kira lah pointer naik ke turun, TAHNIAH !!! Sekurang-kurangnya kamu lulus!
Bagi yang gagal, cuba lagi. Sekurang-kurangnya, anda ada satu lagi peluang untuk buktikan bahawa anda memang bersungguh-sungguh untuk kekal belajar di institut dan memenuhi impian ibu bapa - melihat kita berjaya.

Ingat, bukan pointer yang diperjuang, tetapi MASA DEPAN.

No comments:

Post a Comment