Tweet to @superheroku_

Kebanjiran Air Hujan ( Dis 2012 )

Tak lena tidur, awal pagi tersedar daripada tidur buat beberapa kali. Sangat tak syok! Bukan sebab bising hujan, tapi takut naik air. Kalau setakat "banjir kecil-kecilan" kat halaman rumah tu takpelah. Aku risau air hujan masuk sampai dalam rumah. Kalau betul air hujan boleh melimpah memenuhi lantai rumah, cuti ini memang tak syok okay!

Masa hujan, seronok kalau dapat rehat, makan, tengok tv. Sebab masa ni otot-otot mengecut, nak rehat (katanyalah...). Tapi syukur Alhamdulillah, air tak melimpah masuk ke dalam rumah kecuali satu tempat je iaitu bilik tidur abang aku. Memang takde siapa jangka air hujan boleh masuk ke bilik dia sebab tak pernah terjadi pun sebelum ni. Rumah aku memang ada banyak tempat atap bocor tapi takde lah sampai boleh buat air bertakung. Ada andaian mengatakan bahawa air masuk ikut celah-celah dinding. Mungkin ada bahagian yang bocor. HAHA. Pandai pulak nak mengandai kannn...

Halaman rumah. Nasib baik ada jugak bahagian tinggi sikit.


Takpelah. Harapnya takat tu je lah air hujan yang masuk. Tak nak bersusah pindah barang nanti. Hmm.. Ni lah padahnya kalau kawasan rumah tu rendah. Jadi kalau nak bina rumah, lawat dulu kawasan tapak rumah pada musim hujan macam ni, pastikan betul-betul kawasan ini rendah ke tinggi. Kalau tinggi, boleh teruskan. Kalau rendah, pandai-pandailah "adjust" ye!

No comments:

Post a Comment