Tweet to @superheroku_

Senior Bukan Raja, Junior Bukan Hamba



Bukan nak kata tapi bila perkara seumpama menguasai sesuatu kawasan sebagai "taiko" berlaku, aku sangat-sangat tak setuju. Frankly speaking, nak jadi senior itu boleh. Kita tak boleh lari daripada gelaran senior tapi apabila nama "senior" itu sendiri disalah ertikan, ada sahaja sesetengah pihak yang cuba untuk menjadi "tua" dan "lebih matang" dalam sesebuah kumpulan. Conqueror, mungkin itu nama yang sesuai untuk diberikan kepada mereka. Aku benci golongan sebegini. Aku tidak membenci orang tetapi sikap tersebut sendiri. Maaf sekiranya aku sentapkan mana-mana pihak, tetapi fakta tetap fakta! Kita sebagai senior sepatutnya menunjukkan sikap yang boleh dijadikan teladan kepada paja junior, bukannya mengongkong mereka dan mengehadkan kebebasan mereka. Memang betul senior tu adalah orang yang lebih tinggi statusnya daripada junior tetapi itu tidak membezakan manusia. Status hanyalah status, bukan boleh dibawa mati pun. Kalau nak menjadi ketua, jadilah ketua yang halal. Contohnya, jadi ketua kelas. Kalau tak puas, jadilah ketua kumpulan yang besar. Kalau masih tak puas, rebutlah jawatan dalam perwakilan pelajar. Boleh? Ubah lah diri, jangan sibuk nak mengarah orang sesuka hati. Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan. Semua orang nak hidup senang, mungkin ramai yang suka pergunakan orang lain untuk kesenangan tetapi tiada yang suka dipergunakan. Bagaimana kalau anda sendiri yang dipergunakan? Suka? Fikirkanlah. Kehidupan ini boleh diumpamakan sebagai roda. Tidak selamanya kita berada di atas, ada masanya kita akan berada di kedudukan paling bawah.

No comments:

Post a Comment