Antara Cemburu & Keprofesionalan Berhubungan
Buat pengetahuan para pembaca, aku adalah seorang lelaki yang sangat-sangat mudah untuk cemburu. Seperti mana yang saya rasakan, cemburu itu menyakitkan, perit rasanya apabila melihat orang yang aku sayang rapat dengan orang lain tapi tidak dengan aku. Hari demi hari aku mula mengikis rasa cemburu itu. Aku tahu tiada apa yang aku dapat sekiranya aku terus cemburu tetapi masih juga pada saat aku menulis catatan ini, aku seorang pencemburu setia. Walaupun dalam kalangan kawan-kawan sendiri, aku boleh cemburu tetapi Alhamdulillah, semangat untuk menjaga persahabatanku masih kuat. Kecemburuan aku tewas dalam pertempurannya melawan genggaman silaturrahim yang aku ingin pertahankan. Allah telah tunjukkan aku, hambaNya diuji dengan apa sahaja yang mereka(hambaNya) mampu lalui. Setiap hari aku berasa sakit akibat cemburu tetapi siapalah aku untuk menghalang orang lain daripada menjentik kecemburuanku ini. Aku terpaksa bertahan setiap masa dengan harapan tiada lagi yang (sengaja/tidak sengaja) mencetuskan rasa yang memeritkan ini.
Cinta kepada manusia itu boleh jadi sangat manis dan juga sangat pahit, tetapi kemanisan cinta kepada Allah tiada tandingannya. Cemburu, cemburu juga tetapi jangan sampai anda bertindak sejajar dengan emosi kerana adakalanya emosi yang negatif boleh meruntuhkan apa sahaja benteng diri yang telah lamanya dipertahankan. Ingat, Allah sentiasa menguji kita. Apa jua kesedihan, insha'Allah akan diperindahkan dengan senyuman kegembiraan. Amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment