Tweet to @superheroku_

1 Badan Beribu Kepala





Hello readie ! :D Kali ni nk berkongsi pendapat pasal satu perkara yang nak diusahakan sama2 tetapi bila ada banyak kepala yang nak puaskan hati masing2, peninglah nak pikir ! Tak nak cakaplah "perkara" yang gua nak story mory ni pasal apa, tapi gua nak kongsi sikit pendapat gua dengan lu lu semua :)

Biasalah kita tengok dalam satu kumpulan (xkira organisasi apa pun), memang ahli akan lebih daripada 3 orang. Itu dah consider ramai lah kan? :p Bila nak buat apa2 yang memerlukan pendapat ramai, adakalanya kumpulan yang mempunyai ahli yang sedikit ni akan sepi tanpa bicara tapi bila ahli yang sangat ramai mengeluarkan pendapat masing2 pun susah jugak, kan? Kita xboleh nak ikut semua kepala yang ada! Bukan tak mahu terima cadangan2 yang diberikan tetapi kalau nak ikut semua orang, apa2 perkara yang nak diusahakan tu pun kemungkinan besar akan gagal. Kita terpaksa tapis setiap satu pendapat agar tidak ada idea yang boleh diguna pakai kita pinggirkan. Moving towards perfection, yes we do, tapi kalau nak ikut setiap satu kepala memang susah. Kita (terutama ketua) terpaksa memainkan peranan dalam memilih mana-mana idea (cadangan) yang sesuai untuk dipertimbangkan dan diukur pula dengan suara majoriti. Sesungguhnya itu yang terbaik. :)

Bijaksana. Itulah yang harus ada dalam diri seorang ketua. :) Sebab itulah kalau nak pilih ketua, pilihlah dengan penuh hemah. Jangan ikut sedap hati je nak pilih. Jangan pula ikut member2 (terpengaruh) buta-buta! Pilih sesiapa sahaja yang ada ciri-ciri seorang ketua yang adil dan layak untuk memimpin sesebuah organisasi/kumpulan. Sesungguhnya setiap pencalonan seorang ketua menentukan perjalanan yang lancar sesebuah organisasi. Insha'Allah. :)

Dalam perkongsian pendapat juga, anak-anak buah haruslah faham dan redha dengan apa jua keputusan. Serahkan keputusan akhir kepada seorang ketua dan janganlah persoalkan apa yang telah diputuskan. Insha'Allah itu adalah yang terbaik. Siapalah kita untuk mengubah apa yang telah diputuskan, bukan? Kita BUKANlah seorang ketua. Ingat tu !

No comments:

Post a Comment