Tweet to @superheroku_

Alkisah Ramadhan Satu



Hari ni menrupakan hari pertama bulan Ramdhan untuk tahun 2012/1433H. Alhamdulillah setakat ini (1:32pm) aku belum rasa kebulur. Insha'Allah aku akan kekal kuat dan sabar sampai waktu berbuka nanti. :) Harap-harap begitulah. Pengalaman bangun sahur ini agak mengagumkan sedikit untuk aku kerana pagi ini adalah antara waktu terawal aku terjaga dari tidur. Jam loceng yang disediakan dalam telefon bimbit dijadikan pengejut daripada tidur. Ramadhan kali ini sedikit lain berbanding dengan Ramadhan tahun lepas. Dulu aku ada rakan sebilik, Faizul Shahruddin, tetapi sekarang aku bersendiri. Dulu kalau aku belum bangun, dia akan kejutkan tetapi sekarang aku yang harus gagahkan diri untuk bangun berbekalkan upaya sendiri. Sedikit kecewa apabila beliau tidak lagi menjadi rakan sebilikku. Walau bagaimanapun, aku harap untuk hari-hari seterusnya aku dapat bangun sahur untuk mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W. Insha'Allah. :)

No comments:

Post a Comment