Raya. Kalau sebut "Raya Puasa" ataupun "Hari Raya Aidilfitri" sahaja, mesti ramai yang terfikir pasal baju baru, balik kampung, dan duit raya. Kan? :) Lumrahlah tu... Kalau nak diikutkan, memeang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam seluruh dunia untuk ber"adat" seperti itu. :) Kita tak boleh lari daripada terma-terma seperti "kampung", "duit raya", "baju raya" dan "juadah raya". Ya, mungkin lain tempat, lain terma nya tapi semua merujuk pada benda yang sama, kan? :)
KAMPUNG
Sejak aku dilahirkan lagi, xpernah lagi aku rasa pengalaman merentas sempadan negeri untuk pulang beraya di kampung bersama-sama keluarga sendiri. Bukannya tak pernah balik kampung, tetapi kampung nenek tu hanya "sejengkal" sahaja dari rumah. :p Dekat sahaja. Rumah abah dalam Kelantan, rumah nenek sebelah ma pun dalam Kelantan. Jadi, kalau nak beraya dengan nenek, pagi raya terus pergi sana. Rumah arwah nenek sebelah abah pun dekat sini juga. Dulu arwah tinggal bersama kami. Sejak arwah pergi meninggalkan kami, sanak saudara pun tak datang jenguk kami sekeluarga pada pagi 1 Syawal. Giliran kami sekeluarga pula lah pergi beraya ke rumah mereka. :) Rindu juga nenek, tetapi Allah lebih sayangkan dia. Tapi saya tahu, dia sentiasa bersama kami. :)
BAJU RAYA
Bukan tak nak beli, tetapi tiada yang berkenan. Untuk baju raya tahun ini, aku nak beli jubah berwarna hitam dari Luqman. Ditakdirkan, tiada stok untuk jubah itu sebelum raya. Degil punya pasal, terus aku tak beli baju raya. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting aku nak jugak pakai jubah hitam tu pada hari raya. Tapi, mana nak cari jubah yang sama dua hari sebelum raya, kan? Susahlah. Jadi, untuk tahun 1433H, tiadalah baju raya untuk aku. :) Tidak mengapalah. Aku berhajat nak tempah baju melayu nanti selepas raya. Nak reka sendiri, lepas tu, minta tolong tukang jahit jahitkan. Cemburu melihat baju raya RD punya pasal lah ni. :) Insha'Allah, walaupun tak dapat berjubah hitam, nak jugak berbaju melayu baru nanti Hari Raya Korban. Amin...
DUIT RAYA
Hanya orang terdekat sahaja yang hulurkan. Saudara mara semua tak endahkan aku dah. Mungkin janggut aku penyebabnya. Mungkin.
SUKA
Kini dah berbaik dengan rakan lama yang dulunya wujud konflik antara kami. :)
Mula rapat kembali dengan bekas kawan baik yang telah lama terpisah dek masa dan tempat. :)
DUKA
nenek saudara sakit. :( Dia kini kat hospital. Tolong doakan kesejahteraan nenek saudara saya ye. Semoga dia kembali sihat macam selalu. ~amin~
No comments:
Post a Comment