Tweet to @superheroku_

Permainan Takdir Tidak Pernah Kejam

gambar hiasan

Permainan takdir ibarat bermain padanan cebisan gambar yang berterabur. Setiap cebisan tersebut merupakan penting bagi melengkapkan satu gambar penuh. Nampak tak bagaimana caranya? Pertamanya, setiap cebisan di letakkan jauh-jauh antara satu sama lain. Mungkin juga berdekatan tetapi kita tidak menyedarinya. Setiap cebisan itu boleh dianggap sebagai masalah. Masalah-masalah ini adalah merupakan pelengkap kepada masalah lain untuk menunjukkan solusi yang jelas kepada setiap masalah.  Mungkin ini rumit untuk difahami, tetapi cuba bayangkan...

Amin ada masalah kewangan. Dia kekurangan duit untuk menyara anak-anaknya yang sedang dalam tanggungannya. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga lagi. Dia juga baru sahaja kehilangan kerja. Pada suatu malam, rumahnya dimasuki pencuri, lalu diambil semua barang-barang berharga di dalam rumah tersebut. Amin yang sedang tidur, perasan akan kehadiran pencuri tersebut, lalu keluar untuk menangkapnya. Namun cubaannya gagal. Pencuri itu kemudiannya terus melarikan diri. Pencuri tersebut sebenarnya seorang pencuri cekap yang telah lama bersembunyi dan lari daripada ditangkap oleh orang ramai. Amin berasa sangat tertekan akan kehilangan barang-barangnya. Lalu membuat laporan polis. Keesokan harinya, kisah kecurian di rumah Amin ini telah tersebar di seluruh kampung tersebut. Dek kerana tersebarnya berita itu, seorang yang hartawan telah tampil untuk membantu Amin. Beliau telah menyumbangkan sejumlah wang kepada Amin dan menawarkan pekerjaan kepadanya. Disebabkan kecurian itu juga, saspek kecurian itu menjadi perhatian pihak polis. Beberapa hari kemudian, saspek tersebut telah ditangkap bersama-sama dengan beberapa barang yang dicurinya.

*Masalah-masalah dan penyelesaian*

Amin yang bermasalah kewangan akhirnya kembali senang kerana hebahan mengenai kes kecurian dirumahnya. Walaupun dia menyangka bahawa banyak masalah yang hadir dalam hidupnya, namun dia tidak tahu akan takdir tuhan. Tuhan telah menunjukkan bahawa ada penyelesaian bagi setiap masalah yang dilalui. 

Pencuri yang cekap akhirnya tumpas kerana kecuaiannya memunculkan diri dengan mencuri di rumah Amin. Walaupun telah lama dia bersembunyi, tetapi kerana hebahan mengenai kecurian di rumah Amin, pihak polis telah mengambil serius akan perkara tersebut dan melakukan siasatan kembali bagi kes tersebut. Akhirnya, pencuri tersebut telah ditangkap.

Perasan tak akan kedua-dua situasi tersebut di mana kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain agar masalah dapat diselesaikan? Allah telah tentukan takdir bagi setiap orang di muka Bumi ini. Ingatlah wahai teman, kita tidak memerlukan musuh untuk melepaskan kemarahan. Kita tidak memerlukan seorang pun musuh kerana orang-orang yang telah melakukan kesalahan kepada kita adalah sebenarnya golongan yang telah dihantar khas oleh Allah untuk menguji kita. Setiap orang tidak sempurna. Sama-samalah kita memaafkan antara satu sama lain. Susah kan? Tapi ingatlah, semuanya telah ditakdirkan. Kita juga tidak ingin disalahkan atas setiap perkara yang berlaku walaupun ianya salah kita yang tidak disengajakan. Setiap kekurangan sebenarnya melengkapkan kelemahan-kelemahan yang lain. 

Redhalah dengan apa yang telah terjadi kerana ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku. Mungkin kita tidak lihat kebaikannya sekarang, tetapi insha'Allah, kalau tidak esok, lusa ataupun harai-hari seterusnya kita akan sedar betapa bermaknanya setiap dugaan yang diberikan Allah kepada kita. Jangan cepat melatah, sebaliknya terimalah setiap masalah dengan hati yang tenang. Selagi kita ada Allah, kita pasti akan kuat. Sekiranya rasa diri sangat lemah untuk menempuhi ujian-ujian tersebut, mohonlah kekuatan daripadaNya. Semoga segalanya dipermudahkan. Insha'Allah. Amin.

Sepertimana permainan fizikal, kita perlu rasakan susah untuk memenanginya, permainan takdir juga begitu.

**Aku tujukan entri ini khas buat sahabat sekelasku. Wahai teman, walaupun kita tidak rapat, tetapi aku mahu kau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar masalahmu. Jangan berduka cita.

**Cerita tersebut adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi.

No comments:

Post a Comment