Semalam (24 Oktober 2012) merupakan kali pertama kami keluar lepak bersama. Ke mana? Ke bandar Kuala Terengganu! Yeah! Haa.. Nampak teruja tak?? Teruja lah sangat ke sana. Heh.
Sebenarnya, sudah lama kami merancang untuk keluar bersama. Kalau boleh, habis je semua kerja kursus, nak je kami keluar tapi terkekang dengan tugasan lain. Begitulah kita, manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Allah yang memperkenankan. Pada awalnya kami hanya berempat, tetapi setelah difikirkan balik, satu kereta dapat memuatkan 5 orang. Lagipun kami semua kecik*, jadi aku telah mengajak Aiman untuk menyertai kami!
Sebenarnya, sudah lama kami merancang untuk keluar bersama. Kalau boleh, habis je semua kerja kursus, nak je kami keluar tapi terkekang dengan tugasan lain. Begitulah kita, manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Allah yang memperkenankan. Pada awalnya kami hanya berempat, tetapi setelah difikirkan balik, satu kereta dapat memuatkan 5 orang. Lagipun kami semua kecik*, jadi aku telah mengajak Aiman untuk menyertai kami!
Kalau ikut tentatif, sebenarnya kami sepatutnya bertolak pada jam 1600 dan dijangka sampai ke pusat bandar jam 1630. Tetapi disebabkan terdapat sedikit salah faham, jam 1640 baru kami bergerak ke sana. Hampeh.
Sampai di Pusat Beli Belah Giant, terus kami menuju ke pusat karaoke. Opsss! Sape nak karok ni??? Choppp! Aku segan. Serius aku segan. Mana aku pernah keluar karok dengan Hanif, Patrick dan Dinesh. Mereka semua penyanyi profesional, aku ni ape je la... Heh. Lepas daftar kat kaunter, cari bilik, terus aku yang tekan-tekan skrin sesentuh tu, cari lagu. Hah! Segan lah konon... Tapi memanglah, aku tak pernah lagi buat kerja "gila" ni depan diorang. HAHA.. Mula je lagu, terus naik hantu. Kami bagaikan dirasuk jembalang puaka. Semua dah gila mikrofon, nak nyanyi. Hoho! Rupa-rupanya, itu pertama kali sahabat aku, Dinesh, karok. Buat yang lain-lain; Aiman, sudah beberapa kali kami karok bersama. Dia pasangan duet aku. HAHA. Nak berduet dengan perempuan, tak dapat, sebab suara tu aurat. Hehe. Patrick pulak, tak pernah karok sebab dia biasa jam je. KATANYA lah. Macam mana pulak dengan Hanif? Aku tak tahu. Dia misteri. Tak tahu lah dia ni kaki karok ke tak tapi lepas dapat mikrofon je, terus melalak. Gila lah. Hanif memang raja karok! Semua dh kena rasuk. HAHA! Sitiiiiii' !!
Aiman. Dinesh. Patrick. Hanif. |
Selesai karok, kami menuju ke restoran makanan segera untuk pandu lalu. Antara momen yang menarik ialah ketersasulan semasa membuat pesanan. Beberapa kali jugak la. Berdebar kot. Siapa yang tersasul? Tetttt... Itu rahsia.
Lepas tu, terus kami ke puncak Gunung Taman Panorama. Indah pemandangan dari situ. Itu merupakan antara tempat kegemaran aku. Tenang je lepas dapat melihat pemandangan bandar dari atas gunung bukit tersebut. Sempat lah kami mengambil beberapa berpuluh keping gambar di sana. Seronok! Yang paling menarik ialah momen "berbuka puasa" bersama-sama di atas dataran bangunan di puncak bukit tersebut. Berkelah lah kami 5 orang dengan berbekalkan makanan segera tadi.
Hanif. Aku. Dinesh. Patrick. |
Sepatutnya lepas tu kami terus pulang sebab Hanif ada "urusan penting dengan YB" tapi lepas disahkan urusan tu dibatalkan, lega rasanya. Dapat lah kami "berjimba" lagi! Huiii! Dinesh ada sebut pasal kereta berhias. Aku jadi penasaran. Nak tengok! Kali terakhir aku tengok kereta berhias secara langsung ialah ketika aku berumur 4/5 tahun. Lama sangat dah! Tapi atas kesuntukan masa, tak dapat kami tunggu kereta tu. Mungkin sebab hiasan yang terlalu banyak, efek kat kereta tu kot, jadi berat dan lambat.
Seterusnya kami menuju ke pusat boling. "Peramah" gila pak cik kat kaunter. Kami berdiri je kat depan kaunter, "menunggu" untuk dilayan. HAHA. Sebelum berurusan dengan pak cik kaunter, kami kumpul duit dulu. Lepas tu, senyum, bagitau pakcik tu kami 5 orang nak main. Selamba dia balas, "malang ni penuh doh". WHAT?! Kenapa tak cakap awal-awal. Rugi masa je kami control malu. Heh...
Lepas tu, ke iKT lah kami. Apa yang ada? Pokok berlampu ala iCity lah. Tapi malang nasib kami, pergi dengan hati riang, sampai dengan rasa hampa. Semua lampu kat pokok tu "terpadam" atau sengaja tak bukak. Hampeh lagi. Baru terdetik nak posing kat pokok. Diorang lah yang terdetik, aku tak pun. Tapi, tak berakhir di situ, kami berhenti kat jambatan di situ sekejap, tunggu kereta berhias datang. HAHA. Tak habis-habis. Dinesh memang teruja na tengok kerete berhias! Aku pun. Dalam masa menunggu, kami berlima sempat lagi bergambar. Macam-macam posisi ada sebab semua pun gila lensa.
Lepas beberapa jam ketika di sana, kami berangkat ke Giant sekali lagi. Beli bekalan makanan sikit untuk persediaan hujung minggu. Biasanya kalau hujung minggu, aku makan kat luar dengan kawan-kawan tapi memandangkan hujung minggu ini adalah perayaan Hari Raya Aidiladha, mereka semua pulang. Tinggal aku je la. dan Hanif. dan Patrick. dan Dinesh. Tapi kami tak biasa makan bersama pun kalau hujung minggu. Setelah selesai mendapatkan bekalan, kami menuju pulang. Hajat di hati nak minum coolblog, tapi ta sempat nak mintak pemandu ke sana sebab pemanduannya sangat laju. HAHA. Tak pe lah. Lain kali ada lagi, insha'Allah.
Kami bergurau tapi selalu jugak aku yang menjadi mangsa gurauan. Aku tak kisah sebab itu yang menjadikan persahabatan kami cool! ☺
**Sebenarnya, banyak gambar #epikgagal yang berjaya diambil sepanjang perjalanan kami. Mungkin akan dimuat naik ke Facebook atau Instagram. Mungkin.
**Mohon maaf atas kualiti gambar yang KURANG BERKUALITI. Kamera gajet aku tak mampu nak lawan Galaxy S3.
No comments:
Post a Comment