Tweet to @superheroku_

Bahasa "Babi"

*baju koyak* "ehhhh babi la paku ni!"

*menghadap soalan xm yang xkeluar mcm spot* "babinyaaaa soalan!!"

*makcik kaunter terlupa bagi baki* "babi lah mak cik tu tak nak bagi baki aku!"

*goalkeeper terlepas bola masuk gawang* "babi laa keeper! tak nampak ke bola??! bodoh!"

dan blablabla... banyak lagi situasi, nak bagi tapi kang tiba2 readers pulak jadi terbiasa dengan menyebut perkataan "babi". haa.. tak mo tak mo!



its a trend or a norm or a nature.... ke ape? nilah. bahasa ber "babi2" ni. Bila dah sakit hati, sikit2 "BABI!" i dont know what kind of sin had the pigs done to you for you always blame them for every problem you encounter. eh. bukan menyalahkan babi ke? dah tu? oh.. seru babi untuk tolong selesaikan masalah ke camne? its like you and pig are best friends. friends in need are real friends indeed. betulkan? bila kita ada masalah, mula la mencari kawan-kawan, keluarga blablabla...

ok lah. aku faham ini cara remaja meluahkan rasa marah mereka terhadap sesuatu. memang sukar nak halang dah kot sebab ia macam menular ke seantero Malaysia. kan? tapi sedarlah wahai diri, cara kita respon terhadap sesuatu perkara itu melambangkan diri kita. sama juga mcm pepatah

"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"

biar sesuai dengan persekitaran... dan SEBOLEHNYA, biarlah sesuai dengan diri kita. Ingat, kita ada panduan yang cukup menitikberatkan kesopanan, manis bicara mulut, terutamanya ORANG MELAYU. Nenek moyang kita yang ada adab yang perlu kita pelihara.

mungkin sesetengah orang boleh kata,
"alah.. jangan lah kau duk nilai orang berdasarkan luaran mereka! hati mereka kita tak tahu doe.."

sesetengah orang lain juga boleh cakap,
"dah kalau mulut tu otomatik keluar bahasa babi, cuba check hati. hati dah sangat sukakan perkataan tu, sebab tu mcm dah sebati!"

bukan nak shoot sape2, cuma sekadar nak bagi peringatan. kebanyakan perkara tak menunjukkan kita sudah moden malah boleh menyebabkan kita dilihat sebagai mundur. jangan kerana bahasa babi, orang senang nak cop kita ber"mulut hodoh". bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya sedikit sebanyak menunjukkan kesopanan diri kita.

ada masalah? cubalah banyakan istighfar. ingat sikit, Allah bagi mulut untuk kita ucapkan kalimah2 yang membawa kebenaran, kebaikan, bukan menyebar kata-kata sumpahan!
Cubalah buang bahasa babi dalam diri tu, inshaAllah nanti mulut kita bersih daripada bahasa buruk macam tu. Biarlah mulut tu literally busuk, asal jangan kita tambah dengan bahasa yang tidak sopan dalam percakapan kita tu dah la.. Say NO to MULUT LONGKANG, hodoh dan busuk!

**diri ini sedar bahawa kadang-kadang terkeluar bahasa tidak sopan dari mulut, tapi harap ada sahabat yang sanggup menegur... kekadang, terzahir juga kekhilafan. maaf.

No comments:

Post a Comment