Satu hari, ternampak update Alex kat Twitter tapi link dengan satu laman sosial yang aku pun xtahu apa ke bendanya tu. Namanya, "Path". Aku pun buat kajian sikit, akhirnya dah tahu! Rupanya Path ni satu laman yang mengumpulkan elemen-elemen yang menarik kebanyakan pelayar laman sosial untuk online. Penemuan yang dibuat oleh Dave Morin dan dilancarkan pada November 2010 ini sememangnya berupaya memikat hati para pelayar laman sosial. Ia ada elemen Facebook, Twitter, Instagram dan FourSquare.
Fungsi-fungsi yang menjadikan Path menarik? Ini diaaaaa!!
Ada lima fungsi utama. Iaitu, update waktu tidur dan bangkit, apa yang anda nak ceritakan pada rakan Path, kongsi pasal hiburan(muzik, filem dan buku), tempat keberadaan anda pada satu-satu masa dan gambar yang menarik untuk dikongsi.
Tiap kali nak tdo, bangkit dari tidur, tekan je punat itu! Ia boleh mengira jangka masa anda tidur. Hmm.. Menarik!
Update sebarang benda yang korang nak cakap. Klise, tapi benda ni lah ang buat korang dapat berkata-kata dengan lantang, xkira introvert mahupun extrovert IRL.
Now Playing? Ingat kat Twitter je ada? Path pun hado!!! Malah lagi hebat!
Korang sedang menonton filem di rumah? Tag saja di Path!
Korang boleh tag apa sahaja buku yang korang baca.
Gambar di atas menunjukkan fungsi perkongsian gambar secara online seperti yang ada pada Instagram. Apa yang lain padanya adalah ia boleh digunkan untuk merakam video juga! Selain itu, efek yang boleh diletakkan pada medianya juga menarik. Lebih banyak pilihan boleh didapati di Path berbanding Instagram.
Seronok! Bagaikan mengumpul momen-momen yang terbaik dalam kehidupan di satu tempat. Apa yang anda suka kat laman sosial lagin, semua ada! Tapi tetap ia ada kelemahan...
Lemahnya "Path" adalah:
- Hanya mampu menambah rakan sehingga 150 orang (Walaupun terhad, ada aku kesah? Kita bukannya nak semua orang tahu apa yang kita buat. Hanya yang terpilih sahaja!)
- Tiada integrasi permainan atas talian
- Memerlukan gadget kecil, portable yang boleh diangkut ke mana-mana dengan kemudahan internet untuk menjadikan kehidupan "Path" anda lebih tersusun. *Kena update tiap masa.
Sememangnya ini adalah apliksai yang bagus untuk para STALKEES. Yeah! Aplikasi yang berupaya mengundang pengintip yang suka ambil tahu aa yang orang lain buat terutamanya crush and hot stuffs!
Aku dah try, seronok! Kalau korang rasa nak try, silakan. Tiada caj tersembunyi. Yeah, terbaik! Kalau nak like macam fb ataupun favorite mcm Twitter pon boleh. Ada beberapa tahap "suka" yang kita boleh pilih iaitu "sangat suka", "suka","biasa-biasa saja", "takde perasaan", "tak suka". Semuanya diwakili smiley. :) Walaupun ia adalah rangkaian sosial yang lain, tetapi ia juga boleh diinteragrasikan dengan rangkaian-rangkaian lain. Sebarang update di Path juga boleh dikongsi di laman-laman lain. 👍
Setakat ni, hanya gadget Android dan Apple (iphone, ipad, ipod) yang boleh memuat turun aplikasi "Path". Blackberry? Belum tahu lagi.
No comments:
Post a Comment